Khamis, 7 Mei 2015 | 11:11am

Istiadat ambil air bersiram tabal di tujuh kuala berlangsung

ISTIADAT mengambil air di tujuh kuala di sekitar Sungai Perak yang akan digunakan bagi Istiadat Siram Tabal di Panca Persada malam ini diketua Toh Nara Diraja, Mohamed Sah Nong Chik (kiri) bersama tujuh bentara yang membawa perkakas istiadat diringi kumpulan nobat. - Foto Muhaizan Yahya.

KUALA KANGSAR: Istiadat mengambil air di tujuh kuala di sekitar Sungai Perak yang akan digunakan bagi Istiadat Siram Tabal di Panca Persada malam ini dimulakan di Jeti Kuala Kangsar dengan penuh istiadat kesultanan Melayu Perak sebentar tadi.

Istiadat bermula dengan ketibaan tujuh kenderaan yang bergerak dari Istana Iskandariah membawa 16 jejawat berlembing kerajaan negeri yang diketuai Toh Nara Diraja, Mohamed Sah Nong Chik bersama tujuh bentara yang membawa perkakas istiadat diiringi kumpulan nobat.

Nobat kemudian dimainkan menandakan bermulanya pergerakan bot bagi mengambil air di tujuh kuala sungai bermula.

Berita Harian X