Khamis, 7 Mei 2015 | 6:02pm

Gempa bumi 7.2 magnitud gegar Papua dan Kepulauan Solomon

SYDNEY: Gempa bumi kuat berukuran 7.2 magnitud menggegar Lautan Pasifik antara Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon, menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan, kata Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa itu berlaku pada kedudukan kira-kira 149 kilometer barat daya Panguna, Papua New Guinea dan 642 kilometer dari Honiara, ibu bandar Solomon.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik menjangkakan ombak berbahaya mungkin berlaku dalam lingkungan kira-kira 300 kilometer dari pusat gempa. - AFP

Berita Harian X