Sabtu, 9 Mei 2015 | 8:05am
NAJIB dikerumuni peserta untuk bersalam selepas melepaskan Larian Pekerja Muda '9to5 Run' di Presint 3, di sini pagi ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
NAJIB sempat berselfie dengan peserta selepas melepaskan Larian Pekerja Muda '9to5 Run' di Presint 3, di sini pagi ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Lebih 16,000 sertai Larian Pekerja Muda '9to5 Run'

NAJIB melepaskan Larian Pekerja Muda '9to5 Run' di Presint 3, di sini pagi ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi melepaskan lebih 16,000 peserta Larian Pekerja Muda '9to5 Run' di Presint 3, di sini.

Larian berkenaan adalah anjuran Koperasi Profesional Putrajaya Bhd (KOPRAJAYA) dan Persatuan Belia Pekerja Muda (BPM) dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Sumber Manusia.

Larian itu adalah inisiatif pegawai dan profesional muda daripada perkhidmatan awam dan swasta negara dalam usaha mempertingkat usaha dan kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada negara.

Larian berkenaan membabitkan penyertaan dalam dua kategori iaitu lima kilometer (KM) dan 10 km.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang turut menjadi peserta larian kategori 10 km.

Berita Harian X