Ahad, 10 Mei 2015 | 11:40pm

25 veteran ATM di Papar dianugerahkan PJM

PAPAR: Seramai 25 anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Papar yang telah berjasa kepada negara menentang komunis ketika zaman darurat dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM).

Pingat disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Datuk Mohd Noor Daud.

KETUA Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Datuk Mohd Noor Daud. - Foto Amir Irsyad Omar

"Mereka yang berkhidmat dalam jangka masa itu layak menerima pingat, tidak kira dari angkatan tentera laut, udara dan wataniah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-25 Persatuan Veteran ATM Cawangan Papar.

Beliau berkata, pingat itu adalah pengiktirafan daripada kerajaan kepada anggota tentera yang terbabit dalam operasi menentang komunis.

Katanya, kerajaan mewujudkan pingat itu untuk mengiktiraf keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan khidmat bakti cemerlang bekas anggota tentera dalam menjalankan kewajipan mereka kepada negara. - BERNAMA

Berita Harian X