Selasa, 12 Mei 2015 | 12:03am

Pesawat hebat dunia

DUNIA penerbangan telah melalui pelbagai era dari awal penciptaan pesawat sehinggalah kini. Pelbagai pembaharuan dan peningkatan teknologi diguna pakai dalam menghasilkan pesawat penerbangan yang terunggul.

Jika suatu masa dulu, dunia penerbangan disajikan dengan pesawat penumpang dan pengangkut supersonik berkuasa turbin jet, Concorde yang menjadi idaman dan impian semua orang untuk menaikinya.

Semakin canggih

Kini semakin banyak pesawat dihasilkan dengan peningkatan dari segi kelajuan, saiz dan keupayaannya terbang tanpa henti selama lebih 72 jam. Menarik bukan bagaimana teknologi kapal terbang dicipta sehingga boleh menghasilkan pelbagai jenis pesawat kini.

Antara pesawat yang menarik minat pengejar dan pakar dunia penerbangan kini adalah pesawat Airbus A380, Airbus Beluga dan Antonov An225 Mriya. Tiga jenis pesawat ini sentiasa berada di atas pencarian penggemar dunia penerbangan.

AIRBUS A380


PESAWAT Airbus A380

Airbus A380 adalah pesawat penumpang dua dek, berbadan lebar dan mempunyai empat enjin yang dikeluarkan oleh perbadanan Airbus Eropah, anak syarikat EADS. Airbus A380 adalah pesawat penumpang terbesar buat masa ini.

A380 membuat penerbangan pertamanya pada 27 April 2005 dari Toulouse, Perancis dan penerbangan komersial pertamanya pada 25 Oktober 2007 dari Singapura ke Sydney menerusi Singapore Airlines.

Airbus A380 mempunyai dua model untuk pasaran. Pada asalnya pesawat A380-800 direka bentuk untuk membawa 555 penumpang dalam satu konfigurasi tiga kelas atau 853 penumpang (538 di dek utama dan 315 di dek atas) dalam konfigurasi semua kelas ekonomi.

Pada bulan Mei 2007, Airbus mula memasarkan pesawat sama dengan kurang 30 penumpang (kini 525 penumpang dalam tiga kelas).

Info

A380 boleh menggunakan bahan api jet sintetik campuran dengan komponen perolehan gas semula jadi.

A380 menghasilkan 50 peratus kurang bunyi bising kabin daripada Boeing 747 dan mempunyai tekanan udara kabin lebih tinggi (bersamaan altitud 2,134 m (7,000 kaki) berbanding 2,438 m (8,000 kaki)

Dek atas dan bawah disambung dengan dua tangga, hadapan dan belakang, cukup luas untuk menampung dua penumpang bersebelahan.

Dalam konfigurasi 555 penumpang, A380 mempunyai 33 peratus lebih kerusi daripada Boeing 747-400 dalam satu konfigurasi standard tiga kelas tetapi 50 peratus lebih kawasan kabin dan isi padu, menghasilkan lebih banyak ruang untuk penumpang

Dalam 3 tahun pertama perkhidmatan Airbus A380, 15 juta penumpang telah menaiki pesawat ini

Semasa ingin berlepas, sayap pesawat ini akan terangkat ke udara 4 meter

Hampir semua syarikat penerbangan menggunakan pesawat ini dengan rekod menunjukkan pesawat Airbus A380 akan mendarat atau berlepas setiap 10 minit di lapangan terbang seluruh dunia

276,800 kilogram berat bersih

560,000 kilogram berat maksimum berlepas

90,800 kilogram muatan maksimum

ANTONOV AN-225 MRIYA


PESAWAT Antonov AN-225 Mriya.

Antonov AN-225 Mriya adalah pesawat pengangkut kargo yang dikuasakan oleh enam enjin turbin dan kapal terbang yang paling lama dan paling berat pernah dibina dengan berat berlepas maksimum 640 tan.

Antonov AN-225, dibangunkan daripada model sebelumnya Antonov AM-124 yang digunakan sebagai kapal mengangkut kapal angkasa Buran. Model AN-225 pertama kali dibangunkan pada tahun 1988 sebelum kemudian diubah suai dan diperkenalkan semula untuk beroperasi secara komersial dengan Antonov Airlines.

Pesawat ini memegang rekod dunia untuk pesawat yang menerbangkan muatan paling berat 189,980 kilogram dan jumlah berat penerbangan 253,820 kilogram. Bukan sekadar itu, Mriya memegang 240 rekod dunia. Mriya adalah perkataan Ukraine yang bermaksud Impian.

Info

84 meter panjang keseluruhan pesawat

88.4 meter panjang sayap

18.1 meter ketinggian

285,000 kilogram berat tanpa muatan pesawat seberat

300,000 kilogram kapasiti minyak

Kelajuan maksimun 528km/j dengan purata jarak penerbangan ketika muatan penuh 4,500 KILOMETER dan tanpa muatan sejauh 15,400 kilometer

Ruang kargo 1,300 meter persegi

Panjang 43.32 meter

Lebar 6.4 meter

Ketinggian 4.4 meter

32 tayar

CONCORDE


PESAWAT supersonik Concorde.

Pesawat penumpang dan pengangkut supersonik berkuasa turbin jet. Ia adalah satu produk hasil perjanjian Kerajaan Britain dan Perancis.

Persetujuan itu menggabungkan usaha pembuatan daripada Aerospatiale dan British Aircraft Corporation.

Diterbangkan buat pertama kali pada tahun 1969, Concorde mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1976 dan digunakan selama 27 tahun.

Pesawat Air France Flight 4590 kendalian Air France yang terhempas di Gonesse, Perancis pada 25 Julai 2000 adalah jenis Concorde.

Sebelum tragedi, pesawat jenis dianggap sebagai antara pesawat paling selamat. Bagaimanapun, tragedi berkenaan menjadi antara faktor pemberhentian operasinya.

Selepas beberapa hari tragedi, semua pesawat Concorde digantung operasinya. Operasinya disambung semula pada tahun 2001 sebelum ditamatkan buat selamanya pada tahun 2003.

Antara syarikat penerbangan yang menggunakan pesawat jenis ini ialah Air France, British Airways, Braniff International Airways serta Singapore Airlines.

Syarikat Air France membuat pendaratan komersial yang terakhir bagi pesawat Concorde di New York, Amerika Syarikat pada 30 Mei 2003.

Bagi British Airways pula, pesawat itu menghentikan operasi rangkaian Concorde pada 24 Oktober 2003 dengan tiga pesawat berkenaan terbang ke lokasi berbeza di New York, Bay of Biscay dan Edinburgh.

Ketiga-tiga pesawat berkenaan kemudian berpatah balik ke London dan mengelilingi kota berkenaan pada altitud rendah sebelum mendarat secara berturutan di Lapangan Terbang Heathrow, London.

Tahun 1969 kali pertama digunakan

27 tahun digunakan

Tahun 2003 ditamatkan perkhidmatan sepenuhnya

1083 dibaca
Berita Harian X