Selasa, 12 Mei 2015 | 12:05am
PEMAIN Harimau Muda, Muhammad Syafiq Ahmad menjalani latihan di Wisma FAM. - Foto Goh Thean Howe
PEMAIN Harimau Muda, Muhammad Syafiq Ahmad menjalani latihan di Wisma FAM. - Foto Goh Thean Howe
PEMAIN Harimau Muda, Muhammad Syafiq Ahmad. - Foto Goh Thean Howe
PEMAIN Harimau Muda, Muhammad Syafiq Ahmad. - Foto Goh Thean Howe
JURULATIH Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee (dua dari kiri) mengendalikan latihan Harimau Muda untuk persialan ke Sukan SEA di Wisma FAM. - Foto Goh Thean Howe
JURULATIH Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee (dua dari kiri) mengendalikan latihan Harimau Muda untuk persialan ke Sukan SEA di Wisma FAM. - Foto Goh Thean Howe
PEMAIN Harimau Muda mencari keserasian ketika berlatih di Wisma FAM. - Foto Goh Thean Howe
PEMAIN Harimau Muda mencari keserasian ketika berlatih di Wisma FAM. - Foto Goh Thean Howe
SKUAD Harimau Muda mahu buktikan kemampuan pada Sukan SEA di Singapura . - Foto Goh Thean Howe
SKUAD Harimau Muda mahu buktikan kemampuan pada Sukan SEA di Singapura . - Foto Goh Thean Howe
PENOLONG jurulatih Harimau Muda, Brad Maloney (tengah) ketika latihan di Wisma FAM. - Foto Goh Thean Howe- Foto Goh Thean Howe
PENOLONG jurulatih Harimau Muda, Brad Maloney (tengah) ketika latihan di Wisma FAM. - Foto Goh Thean Howe- Foto Goh Thean Howe
MUHAMMAD Syafiq (dua dari kiri) ketika sesi latihan. - Foto Goh Thean Howe
MUHAMMAD Syafiq (dua dari kiri) ketika sesi latihan. - Foto Goh Thean Howe
JURULATIH Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee. - Foto Goh Thean Howe
JURULATIH Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee. - Foto Goh Thean Howe

Usia muda tak gugat 4 sekawan cari emas Sukan SEA


FAKTOR usia tidak menjadi satu halangan buat empat rakan skuad Harimau Muda yang mengintai peluang mahu beraksi dalam Sukan SEA, Jun ini.

Semua pelatih ini - Adam Nor Azlin, Ariff Farhan Md Isa, Farhan Roslan dan S Kumaahran - baru berusia 19 tahun dan andai berpandu kepada elemen itu peluang mereka tipis ketika kejohanan ini membabitkan pemain Bawah 23 Tahun.

Namun, mereka membulatkan tekad untuk mencuba dan terpilih dalam skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee yang penuh dengan barisan pemain penuh berpengalaman.

Sejak edisi 2001, acara bola sepak Sukan SEA dikhususkan membabitkan persaingan antara pasukan bawah 23 tahun (B-23) negara-negara Asia Tenggara.

Namun, ia tidak bermakna hanya pemain dalam lingkungan usia 22 atau 23 tahun saja yang terpilih membarisi setiap pasukan dan empat rakan ini jelas ada peluang jika mampu membuktikan kemampuan masing-masing.

Pada temasya Sukan SEA 2015 di Singapura yang bakal bermula 30 Mei ini, skuad B-23 negara yang digelar Harimau Muda mungkin membariskan empat pemain berkenaan yang baru mencecah usia 19 tahun.

Keempat-empat mereka kini dalam senarai 27 pelatih yang sedang menjalani kem latihan pusat terakhir di Wisma FAM, Kelana Jaya sejak Ahad lalu bagi merebut slot 20 pemain akhir untuk didaftarkan sehari sebelum saingan bermula.

ADAM Nor Azlin (kiri) Mohammad Nurridzuan dan Nazirul Naim menjalani latihan skuad Harimau Muda di Wisma FAM. - Foto Goh Thean Howe
ADAM Nor Azlin (kiri) Mohammad Nurridzuan dan Nazirul Naim menjalani latihan skuad Harimau Muda di Wisma FAM. - Foto Goh Thean Howe

Adam idam tiket Singapura

Bagi Adam Nor yang beraksi di posisi penyerang, kegagalan berada dalam senarai akhir ke Sukan SEA 2013 di Myanmar membakar semangatnya untuk terpilih kali ini biarpun sedar persaingan hebat di posisi berkenaan yang turut menampilkan Rozaimi Abd Rahman, Ferris Danial Mat Nasir, Syafiq Ahmad dan Kumaahran.

"Di atas padang, kita tak fikir soal perbezaan umur. Apa yang penting, buat kerja kita, buat yang terbaik. Dalam bola sepak, jika kita main skuad kebangsaan pada usia muda sekali pun, kena guna peluang itu untuk memajukan diri.

"Sejak dua tahun lalu saya impikan untuk beraksi di Sukan SEA tetapi tidak terpilih. Insya-Allah jika terpilih kali ini, saya akan buktikan kepada jurulatih yang memang saya layak berada dalam skuad Sukan SEA ini," kata Adam ketika ditemui selepas latihan di Wisma FAM, baru-baru ini.

Adam yang berasal dari Klang, Selangor adalah pemain skuad Harimau Muda B kendalian Razip Ismail yang beraksi di Liga Singapura musim ini.

Sementara itu, Ariff Farhan yang turut bersama Adam dalam skuad Harimau Muda B juga tidak menganggap usianya yang lebih muda berbanding majoriti pelatih lain yang berusia sekitar 21 hingga 23 tahun sebagai halangan merebut tempat di posisi bek kanan bersama dua pesaing lain - Matthew Davies dan Arip Amiruddin.

PEMAIN Harimau Muda menjalani latihan di Wisma FAM. - Foto Goh Thean Howe
PEMAIN Harimau Muda menjalani latihan di Wisma FAM. - Foto Goh Thean Howe

Farhan hormat rakan senior

"Saya hormati mereka yang lebih tua daripada saya tetapi tak bermaksud saya tidak akan berjuang merebut tempat. Memang mencabar persaingan di posisi saya ini tetapi terpulang kepada jurulatih untuk memilih siapa yang lebih sesuai.

"Tapi sama seperti pemain lain, semua ada impian nak beraksi di Sukan SEA. Ukuran faktor perbezaan umur langsung saya tak anggap ia sebagai satu masalah," ujar Ariff Farhan yang berasal dari Kedah.

Seorang lagi pemain, Farhan yang tiada dalam sistem Harimau Muda apabila terus beraksi bersama skuad Liga Perdana Kedah turut menyimpan hajat terpilih ke Sukan SEA kali ini selepas tercicir dalam senarai akhir skuad kebangsaan ke Piala Suzuki AFF 2014.

"Memang agak sukar untuk saya merebut tempat di posisi sayap ini. Tapi ini peluang buat saya membuktikan diri ini pemain muda terbaik dan pada masa sama menaikkan nama pasukan saya, Kedah.

"Jika terpilih, saya cuba beri yang terbaik untuk membantu Malaysia membawa pulang pingat emas," tegas Farhan yang turut digelar Messi Kedah kerana kelincahannya.

JURULATIH Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee (kanan). - Foto Goh Thean Howe
JURULATIH Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee (kanan). - Foto Goh Thean Howe

Kim Swee mahu adil

Mengimbas semula Sukan SEA 2009, Malaysia menampilkan tiga pemain paling muda - Muslim Ahmad, Ahmad Fakri Saarani dan Mahali Jasuli, berusia 20 tahun diikuti Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia yang menampilkan Nazmi Faiz Mansor yang ketika itu berusia 17 tahun dan Syahrul Azwari Ibrahim, 18 tahun.

Pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, slot dua pemain termuda diisi Nazmi Faiz dan Wan Amirzafran Nadris, 19 tahun.

Dalam pada itu, jurulatih skuad B-23 negara, Kim Swee menyatakan peluang Adam Nor, Ariff Farhan, Farhan dan Kumaahran untuk berada dalam senarai akhir 20 pemain tetap cerah biarpun dalam senarai 27 pelatihnya kini dikuasai 10 pemain yang berusia 23 tahun, empat tahun lebih tua berbanding empat pemain berkenaan.

"Saya tak terfikir langsung soal usia mereka. Yang paling penting, siapa tunjuk prestasi paling baik sepanjang tempoh latihan tiga minggu ini, sudah tentu peluang mereka lebih terbuka untuk dipilih.

"Mereka perlu bersaing dan pada masa sama, perlu ada keyakinan diri. Paling mustahak, perlu ada komitmen tinggi, keyakinan diri dan semangat melawan," tegas Kim Swee yang mengemudi skuad 2011 memenangi pingat emas di Jakarta.

JADUAL

Perlawanan Kumpulan B, Sukan SEA 2015

30 Mei: MALAYSIA mln Timor Leste, 8.30 mlm

2 Jun: MALAYSIA mln Vietnam, 8.30 mlm

4 Jun: MALAYSIA mln Thailand, 4 ptg

8 Jun: MALAYSIA mln Brunei, 8.30 mlm

11 Jun: MALAYSIA mln Laos, 8.30 mlm

* Semua perlawanan di Stadium Bishan

SKUAD Harimau Muda melakukan rutin latihan. - NSTP/Goh Thean Howe
SKUAD Harimau Muda melakukan rutin latihan. - NSTP/Goh Thean Howe

INFO

Senarai 27 pelatih skuad Sukan SEA 20015 mengikut umur:

23 tahun: Syazwan Yusoff, Amer Saidin, Fandi Othman, D Saarvindran, Nurridzuan Abu Hassan, Gary Steven Robbat, Saiful Ridzwan Selamat, Ferris Danial Mat Nasir, Rozaimi Abd Rahman, Arip Amiruddin

22 tahun: Farhan Abu Bakar, Nazirul Naim Che Hashim, Shahrul Saad, Akram Mahinan, Syahrul Azwari Ibrahim

21 tahun: Firdaus Muhammad, Wan Amirzafran Nadris, Syazwan Tajudin, Nazmi Faiz Mansor, Faizat Ghazli

20 tahun: Matthew Davies, Amirul Hisyam Awang Kechik, Syafiq Ahmad

19 tahun: Adam Nor Azlin, Ariff Farhan Md Isa, Farhan Roslan, S Kumaahran

Berita Harian X