Khamis, 14 Mei 2015 | 12:06am
PENDATANG tanpa izin yang bersembunyi selama tiga hari berhampiran ladang kelapa sawit di Ladang Siang, Kota Tinggi.- Foto NSTP
PENDATANG tanpa izin yang bersembunyi selama tiga hari berhampiran ladang kelapa sawit di Ladang Siang, Kota Tinggi.- Foto NSTP
ANGGOTA Imigresen meninjau lorong tikus di kawasan peranginan Desaru. - Foto NSTP
ANGGOTA Imigresen meninjau lorong tikus di kawasan peranginan Desaru. - Foto NSTP
LUBANG simen yang digunakan PATI dan TONTO untuk menyorok sementara menunggu isyarat dari TONTO lain. - Foto NSTP
LUBANG simen yang digunakan PATI dan TONTO untuk menyorok sementara menunggu isyarat dari TONTO lain. - Foto NSTP

Guna lorong tikus boleh sampai ke Malaysia 15 minit

JOHOR BAHRU: 15 minit! Sesingkat itu masa untuk berulang-alik dari Malaysia ke Indonesia.

Sepantas itu sindiket membawa pendatang tanpa izin (PATI) untuk berulang-alik dari Malaysia ke Indonesia, menggunakan laluan haram atau lorong tikus di sepanjang pantai Johor, menjadikan khidmat sindiket pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran mendapat permintaan tinggi dalam kalangan PATI di negara ini.

Jarak paling hampir di antara Malaysia dan Indonesia ialah antara Tanjung Stapa dekat Kota Tinggi dan Pulau Batam, iaitu hanya kira-kira sembilan batu nautika.

PAUL Khiu Khon Chiang. - Foto NSTP
PAUL Khiu Khon Chiang. - Foto NSTP

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang, berkata pantai Johor sepanjang 370.4 kilometer memudahkan sindiket memanipulasi kawasan tersorok untuk dijadikan sebagai laluan haram, selain kekangan yang dihadapi pihak berkuasa.

Beliau berkata, lokasi laluan haram yang sering digunakan sindiket ialah di sekitar perairan Mersing, Pengerang, Teluk Ramunia dan Tanjung Sedili dekat Kota Tinggi, yang dianggap strategik kerana sukar dikesan pihak berkuasa.

TEMPAT penyeludupan dan pendaratan PATI di kawasan Pulau Hijau, Kota Tinggi. - Foto NSTP
TEMPAT penyeludupan dan pendaratan PATI di kawasan Pulau Hijau, Kota Tinggi. - Foto NSTP

"Faktor jarak menyebabkan penyeludup hanya mengambil masa selama 15 minit berulang-alik di antara Tanjung Stapa dan Pulau Batam dengan menggunakan bot berkuasa tinggi, yang bergerak pada kelajuan 50 knot dengan enjin lebih 200 kuasa kuda," katanya kepada BH.

Khon Chiang berkata, sindiket pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran itu juga sering mengubah laluan haram digunakan sehingga menyukarkan pihak berkuasa mengesan pergerakan mereka.

Sementara itu, Jabatan Imigresen Johor turut mengesan sindiket berkenaan menggunakan pemastautin tetap sebagai tekong darat untuk membawa masuk dan keluar PATI melalui laluan haram berkenaan.

MASRI Adul. - Foto NSTP
MASRI Adul. - Foto NSTP

Timbalan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor, Masri Adul, berkata pihaknya mengesan segelintir pemastautin tetap dibayar upah yang lumayan antara RM1,000 hingga RM2,500 untuk membawa PATI ke lokasi laluan haram.

"Antara modus operandi mereka, tekong darat ini akan membawa PATI ke lokasi laluan haram dengan menaiki pacuan empat roda atau lori satu tan dan mereka ditinggalkan di situ sementara menunggu bot pancung untuk dibawa ke Indonesia.

"Sebaik tiba di laluan haram itu sekitar tengah malam, PATI akan berjalan menuju ke lokasi bot pancung dengan hanya berpandukan tali yang dipasang sindiket supaya mereka tidak sesat," katanya.

Masri berkata, tahun lalu, pihaknya menahan lima tekong darat dengan dua daripadanya adalah pemastautin tetap dan mereka menjadi tali barut kepada sindiket pemerdagangan manusia demi mengaut keuntungan dengan cara mudah.

Berita Harian X