Jumaat, 15 Mei 2015 | 12:09am

SK Ulu Lubai 'Permata Belantara'

LIMBANG: Terletak di tengah hutan dengan kemudahan yang terhad, gelaran 'Permata Belantara' diterima Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai di Sarawak adalah bukti sekolah pedalaman boleh mencapai kecemerlangan.

SUASANA di SK Ulu Lubai. - Foto Mohd Radzi Bujang.
SUASANA di SK Ulu Lubai. - Foto Mohd Radzi Bujang.

 PINTU masuk ke SK Ulu Lubai. - Foto Mohd Radzi Bujang.
PINTU masuk ke SK Ulu Lubai. - Foto Mohd Radzi Bujang.

Biarpun ia hanya sekolah serba sederhana dan dibina menggunakan kayu, kecemerlangannya bukan saya menyebabkan sekolah ini terkenal di seluruh negara, malah turut mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) dan di peringkat Komanwel.

GURU Besar SK Ulu Lubai, Jaul Bunyau menunjukkan anugerah yang pernah dimenangi sekolah itu. - Foto Mohd Radzi Bujang.
GURU Besar SK Ulu Lubai, Jaul Bunyau menunjukkan anugerah yang pernah dimenangi sekolah itu. - Foto Mohd Radzi Bujang.

ANTARA anugerah yang dimenangi SK Ulu Lubai. - Foto Mohd Radzi Bujang.
ANTARA anugerah yang dimenangi SK Ulu Lubai. - Foto Mohd Radzi Bujang.

Sekolah dengan 30 murid di bawah bimbingan 13 guru ini hanya boleh dihubungi melalui jalan balak atau menggunakan bot panjang menyusuri Sungai Lubai yang mengambil masa sejam perjalanan dari Medamit.

 JAMBATAN dibina untuk kegunaan guru dan penduduk sekitar ke bandar Limbang. - Foto Mohd Radzi Bujang.
JAMBATAN dibina untuk kegunaan guru dan penduduk sekitar ke bandar Limbang. - Foto Mohd Radzi Bujang.

Malah, sekolah itu juga hanya bergantung kepada generator untuk bekalan elektrik dan air tadahan hujan serta graviti sungai untuk bekalan airnya.

Dibina di atas tanah persendirian yang didermakan pada 1964 dan ditutup pada 1976 kerana ketiadaan guru sebelum dibuka semula setahun kemudian, SK Ulu Lubai mencipta sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang pertama seumpamanya di Malaysia.

SEBAHAGIAN murid SK Ulu Lubai menyambut tetamu yang datang ke sekolah mereka. - Foto Mohd Radzi Bujang.
SEBAHAGIAN murid SK Ulu Lubai menyambut tetamu yang datang ke sekolah mereka. - Foto Mohd Radzi Bujang.

Bagi Guru Besar SK Ulu Lubai, Jaul Bunyau, kejayaan itu adalah simbol keakraban hubungan pengurusan sekolah dan ibu bapa murid yang begitu komited melaksanakan pelbagai usaha penambahbaikan kemudahan sekolah berkenaan.

"Di SK Ulu Lubai, kita tidak berharap pada bantuan orang luar kerana kedudukan yang amat terpencil, dengan akses hanya melalui jalan balak dan bot, manakala prasarananya amat terhad. Justeru, tanpa sokongan komuniti setempat, pencapaiannya tidak boleh dikecapi.

"Cara mereka bekerja amat `luar biasa' iaitu secara sukarela tanpa mengira waktu dan tidak mengharapkan apa-apa ganjaran semata-mata mahu melihat anak berjaya dalam pelajaran," katanya kepada BH.

IBU dan penjaga murid sentiasa bersama pada waktu rehat di SK Ulu Lubai. - Foto Mohd Radzi Bujang.
IBU dan penjaga murid sentiasa bersama pada waktu rehat di SK Ulu Lubai. - Foto Mohd Radzi Bujang.

MURID menikmati makanan pada waktu rehat di SK Ulu Lubai. - Foto Mohd Radzi Bujang.
MURID menikmati makanan pada waktu rehat di SK Ulu Lubai. - Foto Mohd Radzi Bujang.

Ketika mula berkhidmat di sekolah itu pada 1998, Jaul berkata keadaannya daif, malah mungkin teruk dari kebanyakan sekolah luar bandar di Sarawak, namun tidak pernah sesekali kekurangan itu menjadi kekangan untuk menjadi sekolah cemerlang.

PELAJAR menggosok gigi selepas menikmati juadah pada waktu rehat. - Foto Mohd Radzi Bujang
PELAJAR menggosok gigi selepas menikmati juadah pada waktu rehat. - Foto Mohd Radzi Bujang

"Sejak melancarkan program 'i-kitai' dan 'Tungkus Asi', SK Ulu Lubai mencatatkan pencapaian akademik yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan 100 peratus lulus sejak 2006 sehingga sekarang, menjadikannya sekolah terbaik di Sarawak.

NILAI-NILAI disiplin diterapkan kepada murid di SK Ulu Lubai. - Foto Mohd Radzi Bujang.
NILAI-NILAI disiplin diterapkan kepada murid di SK Ulu Lubai. - Foto Mohd Radzi Bujang.

"Dari segi penarafan di peringkat kebangsaan, SK Ulu Lubai yang berada di kedudukan ke-54 pada 2009 melonjak ke tempat pertama tahun berikutnya. Lebih membanggakan, kita turut memenangi Anugerah Amalan Pendidikan Terbaik Komanwel 2009 dan Anugerah Amalan Pendidikan Terbaik Antarabangsa UNESCO 2010," katanya.

Pada masa sama, SK Ulu Lubai turut mengadakan program kerjasama dengan pelbagai institusi pengajian luar negara, khusus dalam bidang kajian pendidikan di kawasan pedalaman dan luar bandar.

GURU Besar SK Ulu Lubai, Jaul Bunyau menunjukkan anugerah yang pernah dimenangi. - Foto Mohd Radzi Bujang
GURU Besar SK Ulu Lubai, Jaul Bunyau menunjukkan anugerah yang pernah dimenangi. - Foto Mohd Radzi Bujang

Malah, jaringan kerjasama itu bukan calang-calang kerana membabitkan institusi pendidikan berprestij antarabangsa, termasuk University Bristol, Kingsford Community School dan Deptford Green School di United Kingdom, selain Jin Shan Primary School, Singapura.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga Menteri Pendidikan, pernah berkata: "SK Ulu Lubai adalah bukti bahawa semua sekolah mampu cemerlang tanpa mengira lokasi atau kekurangannya.

"Kalau kita lihat persekitaran dan infrastruktur, ia amat sederhana, bangunannya sudah lama dan diperbuat daripada kayu, tidaklah seelok bangunan konkrit di sesetengah sekolah.

"Tetapi kerana kepimpinan sekolah yang cemerlang dan guru serta ibu bapa bersama murid amat komited untuk bantu membangunkan sekolah ini, berlaku lonjakan yang amat besar," katanya ketika meninjau sekolah itu sebelum ini.

Jika SK Ulu Lubai boleh membuktikan keupayaannya muncul sebagai sekolah terbaik, kejayaannya sebagai `Permata Belantara' wajar dikongsi dan menjadi pendorong kepada sekolah lain, terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar untuk mencatatkan pencapaian sama.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X