Ahad, 17 Mei 2015 | 11:33am

Istiadat pertabalan Sultan Nazrin selesai

KUALA KANGSAR: Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35 selesai sepenuhnya apabila Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selamat menyempurnakan Istiadat Menutup Kerja di Istana Iskandariah di sini sebentar tadi.

Dalam titahnya, Baginda mengisytiharkan dengan izin Allah SWT segala kerja-kerja berkaitan pertabalan sudah selamat disempurnakan.

Sebaik selesai titah pada jam 10.55 pagi, doa dibacakan dengan dipimpin oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, sebelum nobat dimainkan.

Istiadat pertabalan berlangsung selama 15 hari bermula Istiadat Meletak Kerja pada 3 Mei.

Berita Harian X