Selasa, 19 Mei 2015 | 3:42pm
PENGERUSI Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed (kiri) bersama Naib Pengerusi (PAC) Dr.Tan Seng Giaw (kanan) ketika mempengerusikan Mesyuarat Kira-Kira Wang Negara mengenai kertas siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Bangunan Parlimen pada Mesyuarat turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Tan Sri Dr. Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff. - Foto Rosela Ismail

Prosiding 1MDB tidak perlu panggil PM, Jho Low - PAC

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dapati tiada keperluan buat masa ini untuk memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ahli perniagaan, Jho Low dalam prosiding 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pengerusi Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata prosiding pertama lebih tertumpu kepada kawalan kerajaan terhadap pengurusan dan pelaburan syarikat 1MDB sejak ditubuhkan pada 2009.

Beliau berkata, PAC juga sebulat suara memutuskan bahawa skop prosiding berkenaan tidak terbatas berikutan spekulasi, tohmahan dan tuduhan yang perlu disahihkan oleh PAC.

"Prosiding ini dilakukan tanpa input daripada Jabatan Audit Negara tetapi selepas pembentangan Laporan Ketua Audit kepada PAC, jawatankuasa ini akan mengambil segala maklumat, pandangan serta syor bagi melengkapkan prosiding syarikat 1MDB," katanya.

Berita Harian X