Rabu, 20 Mei 2015 | 12:16pm

15 kru hilang, kapal korek karam

PETA lokasi kejadian bot pancung dinaiki kira-kira 80 orang yang karam di perairan Tanjung Piai, Pontian, Johor. - Foto Zain Ahmed

KOTA TINGGI: Seramai 15 kru hilang selepas sebuah kapal korek yang didaftarkan di Bolivia karam di perairan Tanjung Punggai, di sini, kira-kira jam 4.20 pagi tadi.

Berikutan kejadian itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melancarkan operasi mencari dan menyelamat kru kapal Ocean Line 208 yang terdiri daripada 14 warga China dan seorang rakyat Malaysia.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud, berkata siasatan awal mendapati kapal berkenaan yang membawa muatan pasir dari Teluk Ramunia Offshore menghala perairan Pengerang, dekat sini terbalik akibat dipukul ombak kuat menyebabkan semua mangsa terjatuh ke dalam laut.

Berita Harian X