Sabtu, 23 Mei 2015 | 9:23pm
PELUMBA Mercedes, Lewis Hamilton berjaya menyambar petak pendahulu menjelang Grand Prix Monaco, hari ini. - Foto AP

F1: Hamilton rampas petak pendahulu GP Monaco

MONACO: Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton berjaya menyambar petak pendahulu menjelang Grand Prix Monaco, hari ini, buat pertama kali.

Juara dunia itu serta pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1), musim ini akan bermula di barisan depan bersama Nico Rosberg yang mahu memburu gelaran hatrik di Monaco manakala Sebastian Vettel (Ferrari) dan Daniel Ricciardo (Red Bull) di belakang mereka.

Hamilton yang setakat ini sudah memenangi lima daripada enam perlumbaan tampil merakamkan masa terpantas satu minit 15.098 saat dengan Rosberg perpuluhan 342s di belakang dan Vettel, perpuluhan 751s di belakang.

"Saya tidak dapat meluahkan betapa gembiranya saya. Ia bukannya sesi yang mudah. Ada banyak perkara yang menghalang kamu meneruskan rentak dan saya tidak mendapat rentak sehingga beberapa pusingan terakhir.

"Namun saya amat-amat gembira. Litar ini amat sukar. Sukar untuk menggambarkan betapa sukarnya ia. Dalam sesi kali ini, kami berdepan beberapa masalah dengan tayar dan trafik, ia bukan mudah namun ia menjadikannya lebih istimewa," kata pelumba kelahiran Britain itu.

Kali terakhir Hamilton mendapat petak pertama perlumbaan di Monaco ialah pada 2006 namun bukan dalam perlumbaan F1, namun GP2.

"Ini menjadikan kejayaan kali ini tambah istimewa," katanya.

Rosberg yang menewaskan Hamilton untuk menjuarai GP Sepanyol, dua minggu lalu sekalipun rakan sepasukannya itu memulakan perlumbaan di petak utama tidak berpuas hati dengan kedudukannya.

"Ia adalah pusingan yang berbeza untuk saya.... Saya kehilangan rentak dan saya tahu Lewis pantas dan ia tidak menjadi buat saya. Saya kehilangan sentuhan sebelum perlumbaan.

"Saya merasa yakin ia akan menjadi milik saya namun ia tidak," kata pelumba kelahiran Jerman itu.

Petak pertama di GP Monaco adalah yang kelima buat Hamilton musim ini dan barisan pertama kali keempat buat Mercedes dalam enam pusingan. - AFP

INFO

Kedudukan grid Grand Prix Monaco, esok (Ahad)

Barisan 1

Lewis Hamilton (GBR/Mercedes)

Nico Rosberg (GER/Mercedes)

Barisan ke-2

Sebastian Vettel (GER/Ferrari)

Daniel Ricciardo (AUS/Red Bull-Renault)

Barisan ke-3

Daniil Kvyat (RUS/Red Bull-Renault)

Kimi Raikkonen (FIN/Ferrari)

Barisan ke-4

Sergio Perez (MEX/Force India-Mercedes)

Carlos Sainz Jr (ESP/Toro Rosso-Renault)

Barisan ke-5

Pastor Maldonado (VEN/Lotus-Mercedes)

Max Verstappen (NED/Toro Rosso-Renault)

Barisan ke-6

Romain Grosjean (FRA/Lotus-Mercedes)

Jenson Button (GBR/McLaren-Honda)

Barisan ke-7

Nico Hülkenberg (GER/Force India-Mercedes)

Felipe Massa (BRA/Williams-Mercedes)

Barisan ke-8

Fernando Alonso (ESP/McLaren-Honda)

Felipe Nasr (BRA/Sauber-Ferrari)

Barisan ke-9

Valtteri Bottas (FIN/Williams-Mercedes)

Marcus Ericsson (SWE/Sauber-Ferrari)

Barisan ke-10

Will Stevens (GBR/Marussia-Ferrari)

Roberto Merhi (ESP/Marussia-Ferrari)

Berita Harian X