Sabtu, 23 Mei 2015 | 10:18pm

Rumah 100 penduduk musnah dalam kebakaran

KOTA KINABALU: Hampir 100 penduduk hilang tempat tinggal apabila kira-kira 20 rumah di Kampung Gusung Likas, di sini, musnah dalam kebakaran, malam ini.

Kejadian kira-kira jam 7.55 malam itu dikatakan bermula dari sebuah rumah, sebelum merebak ke rumah lain berikutan kedudukannya yang rapat antara satu sama lain.

Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Difahamkan, turut terjejas ialah bangunan pejabat Pusat Penyelidikan Perikanan Likas.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu ketika dihubungi berkata, bomba menerima panggilan pada jam 8.02 malam sebelum menghantar sepasukan anggota bersama beberapa jentera ke lokasi.

Sehingga jam 10 malam tadi, operasi memadamkan kebakaran masih dijalankan dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta pasukan bomba sukarela dan penduduk kampung.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X