Isnin, 25 Mei 2015 | 2:11pm

Ganja 470 kg bernilai RM1.6j dirampas di tapak pembinaan

A Thaiveegan menunjukkan 477 ketulan dadah jenis ganja bernilai RM1.6 juta yang dirampas dalam serbuan di Teluk Bahang ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri. - Foto Zulaikha Zainuzman

GEORGETOWN: Polis merampas 470.1 kilogram (kg) ganja bernilai RM1.6 juta dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di Teluk Bahang, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan, berkata dadah itu dipercayai dibawa masuk ke Pulau Pinang melalui kawasan perairan laut di negeri ini untuk diagihkan ke pasaran setempat dan Kuala Lumpur.

Katanya, seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan di lokasi kejadian dan direman hingga 29 Mei ini.

"Serbuan dilakukan ketika anggota sindiket sedang menyusun ganja ke dalam sebuah lori," katanya.

Berita Harian X