Jumaat, 29 Mei 2015 | 1:05pm
PENGAWAL keselamatan, Che Rosdi Che Din (tengah) dihukum penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh setelah mengaku bersalah memiliki 479 gram ganja dua tahun lalu. - Foto Supian Ahmad
PENGAWAL keselamatan, Che Rosdi Che Din (tengah) dihukum penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh setelah mengaku bersalah memiliki 479 gram ganja dua tahun lalu. - Foto Supian Ahmad

Jaga miliki ganja dihukum 14 tahun penjara, 10 sebatan

IPOH: Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman 14 tahun penjara dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah memiliki 479 gram ganja, dua tahun lalu.

Tertuduh Che Rosdi Che Din, 40, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan memiliki dadah berkenaan di hadapan rumah No 49 RPT Bercham, Ipoh pada kira-kira jam 3 petang, 24 Julai 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun hingga seumur hidup dan minimum 10 sebatan.

Pertuduhan asal terhadapnya mengikut Seksyen 39B ADB membawa hukuman gantung sampai mati.

Pesuruhjaya Kehakiman SM Komathy Suppiah memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 24 Julai 2013.

Timbalan Pendakwaraya diwakili oleh Hafizah Zahidah Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Hafiz Jalaludin.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X