Sabtu, 30 Mei 2015 | 12:45pm

Ibu Johan As'ari meninggal dunia


PELAKON Johan As'ari memuat naik gambarnya di laman instagram beliau.

KUALA LUMPUR : Ibu kepada pelakon Johan As'ari, Datin Firdaus Abdul Kader, 58, meninggal dunia.

Johan, 29, sebentar tadi memuat naik gambar dan status di laman sosial Instagram memaklumkan berita kematian ibunya itu.

Ibu Johan diserang penyakit strok di kediamannya di Subang Jaya, di sini, Mac lalu.

Berita Harian X