Sabtu, 30 Mei 2015 | 11:10pm
PEMAIN B-23 negara, Mathew Davies (kiri) berebut bola dengan pemain Timor Leste, Rebiero Paulo Helber ketika perlawanan Kumpulan B Sukan SEA di Stadium Bishan, Singapura malam ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Persembahan hambar walaupun atasi Timor Leste

PEMAIN B-23 negara, Nazmi Faiz Mansor (kiri) diasak pemain Timor Leste, Carlos Joviano pada perlawanan Kumpulan B Sukan SEA di Stadium Bishan, Singapura malam ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PEMAIN B-23 negara, Nazmi Faiz Mansor (kiri) diasak pemain Timor Leste, Carlos Joviano pada perlawanan Kumpulan B Sukan SEA di Stadium Bishan, Singapura malam ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

TINDAKAN bodoh Nazmi Faiz Mansor yang meludah pemain Timor Leste mencemari aksi sulung skuad bawah 23 negara (B23) yang sekadar menang tipis 1-0 ke atas Timor Leste dalam saingan Kumpulan B di Stadium Bishan, malam tadi.

Tindakan pemain tengah itu menyaksikan dia dilayang kad merah oleh pengadil pada minit ke-32 sekali gus menjejaskan rentak skuad negara yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Malah jurulatih Datuk Ong Kim Swee harus pening kepala menjelang pertemuan penting menentang Vietnam Selasa ini dan Thailand (Khamis) kerana tidak dapat menggunakan khidmatnya yang digantung perlawanan.

Apa pun skuad negara bermula baik apabila sudah mendahului lawan menerusi jaringan D Saarvindran pada minit ke-11.

Selang empat minit kemudian, Muhammad Syafiq Ahmad sepatutnya sudah menggandakan jaringan skuad negara namun mempersiakan peluang apabila gagal merobek gawang lawan ketika hanya berdepan penjaga gol Timor Leste.

Rentak skuad negara selepas itu terjejas apabila Nazmi diperintah keluar padang yang menyaksikan lawan yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal mengatur perlawanan tampak mampu menyeimbangkan saingan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X