Sabtu, 13 September 2014 | 9:41am
YANG Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, diringi oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, memeriksa barisan kehormat sempena sambutan Hari Jadi Yang Dipertuan Negeri Sarawak Yang Ke-78 di Padang Merdeka Kuching. - Foto Nadim Bokhari
YANG Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, diringi oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, memeriksa barisan kehormat sempena sambutan Hari Jadi Yang Dipertuan Negeri Sarawak Yang Ke-78 di Padang Merdeka Kuching. - Foto Nadim Bokhari
YANG Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, memotong kek sempena sambutan Hari Jadinya yang Ke-78 di Padang Merdeka Kuching. Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem,serta kenamaan lain. - Foto Nadim Bokhari

Ribuan hadiri sambutan ulang tahun kelahiran Tun Abdul Taib


YANG Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, menerima tabik khormat sempena sambutan Hari Jadi Yang Dipertuan Negeri Sarawak Yang Ke-78 di Padang Merdeka Kuching.Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem,serta kenamaan lain .

KUCHING: Lebih 10,000 menghadiri istiadat perbarisan dan rapat raksasa sempena sambutan Hari Jadi Ke-78, Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Perbarisan di Padang Merdeka itu disertai lebih 4,000 peserta dengan 117 kontinjen kalangan pasukan beruniform, agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan pelajar.

Sambutan itu adalah yang pertama bagi Abdul Taib yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri, Mac lalu selepas beliau melepaskan jawatan Ketua Menteri yang disandangnya selama 33 tahun pada 28 Februari lalu.

Turut hadir pada istiadat itu ialah isteri beliau, Toh Puan Ragad Kurdi Taib; Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, dan isteri serta pemimpin negeri, pegawai kanan kerajaan dan diplomat asing.

Berita Harian X