Khamis, 4 Jun 2015 | 6:21pm
PENJAGA gol B-23 negara, Mohd Farhan Abu Bakar menyelamatkan cubaan pemain Thailand ketika perlawanan Kumpulan B Sukan SEA 2015 di Stadium Bishan, Singapura hari ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Sukan SEA: Malaysia terkandas, tewas 0-1 kepada Thailand

MOHD Amirul Hisyam Awang Kachik (kiri) berebut bola dengan pemain Thailand, Yooyen Sarach ketika perlawanan Kumpulan B Sukan SEA 2015 di Stadium Bishan, Singapura hari ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

SINGAPURA: Skuad bola sepak Bawah 23 tahun (B-23) Malaysia gagal ke separuh akhir Sukan SEA selepas tewas 0-1 kepada Thailand di Stadium Bishan di sini, sebentar tadi.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain Thailand, Sarach Yooyen pada minit ke-80.

Berdasarkan format kejohanan, hanya dua pasukan terbaik daripada Kumpulan A dan B layak ke separuh akhir temasya dwitahunan itu.

PEMAIN skuad B-23 negara, Saarvindran Devandrn (depan) mengawal bola sambil diasak pemain Thailand dalam perlawanan ketiga Kumpulan B, Sukan SEA 2015 di Stadium Bishan, Singapura hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Terdahulu, skuad Harimau Muda Bawah 23 menang tipis 1-0 ke atas Timor Leste pada aksi pembukaan, Sabtu lalu sebelum diaibkan 1-5 oleh Vietnam pada aksi kedua di Stadium Bishan, kelmarin.

Malaysia diletakkan dalam kumpulan B bersama Thailand, Vietnam, Laos, Brunei dan Timor Leste.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X