Khamis, 4 Jun 2015 | 10:16pm

Amy Mastura kini bertudung, ambil berkat Ramadan

KUALA LUMPUR: Selepas Erra Fazira, penyanyi, pelakon dan pengacara Amy Mastura turut terbuka hati untuk bertudung mulai hari ini.

Hal itu diketahui menerusi Instagram jurusoleknya, Alha Alfa.

"Sudah lama saya berniat ke arah ini tapi Alhamdulillah semuanya jadi tanpa paksaan sesiapa. Saya tidak merancang tetapi ini kewajipan saya sebagai wanita Muslim.

"Ikutkan saya merancang untuk semua ini sempena mengambil keberkatan Ramadan tapi pintu hati saya terbuka lebih awal.

"Perkara yang baik tak perlu ditangguh tangguh," katanya.

31 dibaca
Berita Harian X