Jumaat, 5 Jun 2015 | 7:58am
- Foto ihsan laman web USGS
PENGUNJUNG dan pekerja di sebuah pusat beli-belah sekitar Kota Kinabalu keluar bagi tujuan berjaga-jaga berikutan berlakunya gegaran selepas kejadian gempa bumi. - Foto Mohd Adam Arinin
SILING sebuah bangunan di Ranau rosak akibat gempa bumi. - Foto BERNAMA

Ranau, Sabah dilanda gempa bumi 6.0 Richter

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.


KEADAAN di dalam sebuah premis di Ranau selepas gempa bumi dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi. - Foto ihsan pembaca BH

Difahamkan, beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat berkenaan.

Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata gegaran dirasai di seluruh kawasan pantai barat, utara dan pedalaman Sabah selain turut dirasai di Sandakan.

Ranau dikenal pasti paling teruk terjejas dengan beberapa bangunan dikatakan mengalami kerosakan berikutan kedudukannya paling hampir dengan pusat gempa.

Sementara itu, gegaran susulan berlaku di Ranau jam 9.47 pagi tadi namun dilaporkan tidak sekuat gempa bumi pertama.

177 dibaca
Berita Harian X