Sabtu, 6 Jun 2015 | 12:04am
AIMAN Hakim Ridza dan Fathia Latiff belum tetapkan tarikh berkahwin. - Foto Zunnur Al Shafiq
AIMAN Hakim Ridza dan Fathia Latiff belum tetapkan tarikh berkahwin. - Foto Zunnur Al Shafiq
AIMAN Hakim Ridza. - Foto Rohanis Shukri
AIMAN Hakim Ridza. - Foto Rohanis Shukri
AIMAN Hakim Ridza menyifatkan hal perkahwinan adalah perkara serius. - Foto Zunnur Al Shafiq
AIMAN Hakim Ridza menyifatkan hal perkahwinan adalah perkara serius. - Foto Zunnur Al Shafiq
AIMAN Hakim Ridza menegaskan perbincangan teliti dari kedua belah pihak penting. - Foto Zunnur Al Shafiq
AIMAN Hakim Ridza menegaskan perbincangan teliti dari kedua belah pihak penting. - Foto Zunnur Al Shafiq

Cinta Aiman, Fathia hampir retak kerana salah faham


KUALA LUMPUR: Gara-gara kenyataannya yang disalah tafsir, pelakon drama bersiri Vanila Coklat, Aiman Hakim Ridza Abdoh mengaku hubungannya dengan aktres Fathia Latiff hampir retak.

Jejaka berusia 26 tahun itu menegaskan bahawa beliau dan Fathia belum menetapkan sebarang tarikh untuk berkahwin.

"Mungkin kenyataan yang dibuat oleh saya itu disalah anggap oleh wartawan dan orang ramai. Kami belum menetapkan sebarang tarikh lagi untuk menamatkan zaman bujang sebaliknya mempunyai perancangan untuk menuju ke fasa tersebut.

"Malah kami berdua pada ketika ini sibuk dengan kerjaya masing-masing, sehingga terpaksa mencuri masa untuk berjumpa. Tunggulah sehingga satu masa yang sesuai, maka kami akan berkahwin.

AIMAN Hakim Ridza dan Fathia Latiff kini sibuk dengan kerjaya masing-masing. - Foto Zunnur Al Shafiq
AIMAN Hakim Ridza dan Fathia Latiff kini sibuk dengan kerjaya masing-masing. - Foto Zunnur Al Shafiq

"Perancangan berkahwin bukanlah dalam masa yang terdekat. Apabila ada tarikh yang sesuai dan cantik kelak, kami akan menamatkan zaman bujang," kata Aiman kepada BH PLUS.

Pelakon yang membintangi drama bersiri Diandra itu menegaskan bahawa hal perkahwinan adalah perkara serius dan memerlukan perbincangan teliti dari kedua belah pihak.

"Buat masa ini biarlah perkara tersebut antara kami berdua saja dulu. Kami sendiri belum berbincang secara serius, apa lagi untuk diberitahu kepada umum.

"Bagi saya, hal berkahwin bukan perkara yang boleh dibuat main kerana melibatkan keluarga dan semua pihak. Apa-apa pun, keluarga tetap menjadi keutamaan kami," ujar Aiman.

AIMAN Hakim Ridza dan Fathia Latiff terpaksa mencuri masa untuk berjumpa. - Foto Zunnur Al Shafiq
AIMAN Hakim Ridza dan Fathia Latiff terpaksa mencuri masa untuk berjumpa. - Foto Zunnur Al Shafiq

Terdahulu, Fathia dan Aiman dikatakan sudah memutuskan hubungan cinta mereka ekoran salah faham yang timbul. Malah, sebelum ini pun hubungan mereka dilaporkan beberapa kali bergolak.

Aiman turut menepis dakwaan mengatakan epilog kisah cintanya lebih menonjol berbanding kerjaya seninya sendiri.

Beliau memberikan sepenuh fokus kepada bidang lakonan buat masa ini dengan lebih selektif dengan tawaran yang diberikan kepadanya.

"Rasanya dakwaan itu kurang tepat kerana saya lebih memberikan tumpuan kepada kerjaya ketika ini. Saya juga lebih selektif dengan meneliti skrip untuk setiap tawaran yang diberikan bagi perkembangan kerjaya seni saya sendiri.

"Alhamdulillah sekarang ini drama bersiri saya Isteri Separuh Masa sedang bersiaran dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari peminat," katanya.

FATHIA Latiff (kanan) dan Aiman Hakim Ridza ketika melalui karpet merah pada Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2014 di Arena of Stars Genting Highlands. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
FATHIA Latiff (kanan) dan Aiman Hakim Ridza ketika melalui karpet merah pada Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2014 di Arena of Stars Genting Highlands. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Mengulas mengenai kegusaran Aiman berhubung kenyataan berkahwin yang diberikan olehnya memberikan impak kepada kerjaya seninya, beliau menganggap peminat kini sudah bijak menilai bakat dan bukan setakat status artis itu semata-mata.

"Bagi saya peminat kini sudah bijak menilai bakat artis itu dan tidak terbatas pada status semata-mata. Saya cuba memberikan lakonan terbaik buat peminat dan dalam masa yang sama, mereka turut gembira dengan kisah peribadi saya.

"Jika kita bekerja dengan ikhlas dan jujur maka orang akan tahu niat kita itu. Jadi saya isu hilang peminat itu tidak menjadi masalah kerana apa yang penting kejujuran dalam berkarya," kata Aiman mengakhiri wawancara.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X