Sabtu, 6 Jun 2015 | 2:50pm
DATUK Seri Najib Razak pagi ini menziarahi jenazah isteri Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Puan Sri Noor Yvonne Abdullah, yang meninggal dunia malam tadi di kediaman Tengku Razaleigh Jalan Langgak Golf. Noor Yvonne, 68, yang menghidap sejenis kanser darah, meninggal dunia pada 7.05 malam tadi di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya. - Foto BERNAMA

Jenazah isteri Tengku Razaleigh selamat dikebumikan

TENGKU Razaleigh menyiram air mawar di pusara isterinya, Allahyarham Puan Sri Noor Yvonne Abdullah di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang hari ini. - Foto Muhd Asyraf Sawal
TENGKU Razaleigh menyiram air mawar di pusara isterinya, Allahyarham Puan Sri Noor Yvonne Abdullah di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang hari ini. - Foto Muhd Asyraf Sawal

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Puan Sri Noor Yvonne Abdullah, isteri bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang pada 12 tengah hari tadi.

Jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan itu kira-kira pukul 11.30 pagi diiringi Tengku Razaleigh, kaum keluarga dan sahabat handai.

Antara yang hadir di upacara pengebumian itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di kediaman Tengku Razaleigh di Jalan Langgak Golf, off Jalan Tun Razak pada kira-kira 11 pagi.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di kediaman Tengku Razaleigh pada 8.30 pagi untuk menziarahi jenazah Allahyarham dan berada kira-kira 10 minit di sana.

Allahyarham Noor Yvonne, 68, meninggal dunia akibat kanser darah di Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya, malam tadi.

- BERNAMA

Berita Harian X