Sabtu, 6 Jun 2015 | 3:14pm
ATLET terjun negara, Cheong Jun Hoong ketika beraksi dalam acara 3 meter papan anjal wanita di Pusat Akuatik OCBC, hari ini. - Foto AP

Sukan SEA: Jun Hoong rangkul emas kedua negara

SINGAPURA: Atlet terjun negara, Cheong Jun Hoong menghadiahkan pingat emas kedua kontinjen negara di Sukan SEA 2015 dalam acara 3 meter papan anjal wanita di Pusat Akuatik OCBC, sebentar tadi.

Seorang lagi atlet terjun negara, Wendy Ng memennagi perak manakala gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Fong Kay Yian.

Jun Hoong meraih emas selepas mengumpul keseluruhan 349.65 mata manakala Wendy 309.20 mata.

Kay Yian pula mengumpul 258.90 mata.

Berita Harian X