Sabtu, 6 Jun 2015 | 4:37pm
KETUA Menteri, Datuk Seri Musa Aman. - Foto Edmund Samunting

Sabah isytihar Isnin hari berkabung susulan tragedi gempa

RANAU: Kerajaan Sabah mengisytiharkan Isnin ini sebagai hari berkabung dan bendera negeri dikibarkan separuh tiang susulan tragedi gempa bumi pagi semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata sambutan Rumah Terbuka Tadau Kaamatan yang dijadual dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini esok, turut dibatalkan.

"Kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah bersedih dengan tragedi ini yang turut menimpa pelancong asing.

"Sebagai penghormatan, Isnin ini diisytihar sebagai hari berkabung untuk negeri Sabah," katanya pada sidang media di Taman Kinabalu di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X