Sabtu, 6 Jun 2015 | 4:37pm

Sukan SEA: Tze Liang, Yi Wei gah di Pusat Akuatik OCBC

SINGAPURA: Acara terjun terus menuai pingat emas buat kontinjen negara di Sukan SEA 2015 menerusi pasangan Ooi Tze Liang dan Chew Yi Wei dalam acara 10 meter platform seirama lelaki di Pusat Akuatik OCBC, sebentar tadi.


TZE Liang (kiri) dan Chew Yi Wei beraksi pada acara 10 meter platform seirama lelaki. - Foto AP

Tampil selaku pilihan, Tze Liang-Yi Wei gah mengumpul keseluruhan 404.37 mata dengan pasangan Indonesia, Andriyan- Putra Adityo Restu memenangi perak.

Jumlah mata yang dikumpul pasangan Indonesia itu jauh berbanding pasangan negara iaitu 355.11 mata.

Pingat gangsa menjadi milik penerjun Thailand, Siriboon Theerapat - Juntaphadawon Yotsawat dengan mengumpul 316.77 mata.

Ia emas ketiga negara di Sukan SEA 2015, setakat ini dengan ketiga-tiganya hadir di kolam renang.

Berita Harian X