Ahad, 7 Jun 2015 | 4:18pm

Ayu Damit bertudung

KUALA LUMPUR: Menjelang Ramadan yang bakal disambut umat Islam beberapa minggu lagi, dunia hiburan turut dikhabarkan dengan berita artis bertudung.

AYU bersama suami dan anak-anaknya.

Selepas Yana Samsudin, Erra Fazira dan Amy Mastura, penyanyi kelahiran pertandingan One In A Million, Ayu Damit turut membuat keputusan bertudung sejak semalam.

"Saya sudah pasang niat lama nak menutup aurat dan Alhamdulillah kini saya anggap masa terbaik untuk bertudung," katanya ringkas kepada BH Online.

Ayu memaklumkan keputusannya bertudung itu di laman sosial yang jelas kini menjadi medium terbaik buat selebriti berkongsi apa sahaja berita atau aktiviti mereka.

Isteri kepada Syed Fauzi Syed Baharuddin itu sudah mempunyai tiga orang anak, hasil perkongsian hidup mereka.

Berita Harian X