Isnin, 8 Jun 2015 | 3:06pm

Skuad terjun tuai emas ke-10


ATLET terjun negara Nur Dhabitah Sabri (kanan) bersama Ng Yan Yee menunjukkan pingat emas yang mereka menangi dalam acara terjun 3 meter papan anjal seirama wanita pada temasya Sukan SEA ke-28 di Pusat Akuatik OCBC hari ini.- Foto BERNAMA

SINGAPURA: Skuad terjun negara terus menuai pingat emas di Sukan SEA ke-28 menerusi acara 3 meter papan anjal seirama wanita di Pusat Akuatik OCBC, hari ini.

Pingat emas ke-10 kontinjen negara itu dimenangi pasangan Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng yang juga emas ketujuh dituai negara di kolam renang.

Tampil selaku pilihan, Dhabitah dan Wendy mengumpul jumlah keseluruhan 292.6 mata dengan atlet tuan rumah, Fong Kay Yian dan Ashlee Yi

terpaksa berpuas hati dengan perak selepas mengumpul 242.94 mata.

Pingat gangsa menjadi milik penerjun Vietnam, Thanh Thuy Huong-Phuong Mai Ngo dengan catatan 227.94 mata.

Berita Harian X