Rabu, 10 Jun 2015 | 10:24pm

Sukan SEA: Skuasy sumbang 2 emas 2 perak


SANJAY Singh (dua dari kiri), dan Rachel Arnold (dua dari kanan), bersama pemenang pingat perak lelaki dan wanita, Muhd Adden Idrakie Bahtiar (kiri), dan Vanessa Raj, bergambar selepas perlawanan akhir Skuasy Sukan SEA 2015 di Kompleks Skuasy Kallang, Singapura - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

SINGAPURA: Kontinjen negara meraih dua pingat emas menerusi acara skuasy di sini, sebentar tadi.

Emas pertama menerusi acara perseorangan lelaki yang diperoleh oleh Sanjay Singh Chal manakala kedua, melalui Rachel Arnold untuk perseorangan wanita.

Pingat perak turut menjadi milik skuad negara menerusi Muhd Addeen Idrakie Bahtiar (lelaki) dan Vanessa Raj (wanita).

Gangsa untuk acara lelaki milik bersama Bryan Koh dan Samuel Kang dari Singapura manakala wanita, Jemyca Aribado (Filipina) dan Mao Shi Yuan (Singapura).

Berita Harian X