Sabtu, 13 Jun 2015 | 1:12pm

Tengku Asmawi dahului senarai penerima darjah kebesaran Pahang

TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kanan) mengurniakan darjah kebesaran peringkat pertama Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAOP) kepada Orang Kaya Indera Sedara, Tengku Datuk Seri Asmawi Tengku Hussin di Istana Abu Bakar Pekan. - Foto Farizul Hafiz Awang

PEKAN: Orang Besar Berempat Pahang Tengku Asmawi Tengku Hussin mendahului senarai penerima darjah kebesaran dan pingat bersempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang disambut pada 24 Oktober, di Istana Abu Bakar di sini, hari ini.

Tengku Asmawi adalah antara tujuh penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat itu yang disempurnakan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah sidang kedua diadakan membabitkan 173 penerima.

Enam lagi penerima SSAP ialah Orang Besar Berlapan Tengku Datuk Iskandar Abu Bakar Tengku Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup; Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman; Pengerusi Malaysian Aviation Training Academy Sdn Bhd, Datuk Wan Adnan Wan Mamat; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang, Datuk Mohd Hilmey Mohd Taib dan Naib Presiden Perhubungan Korporat dan Komunikasi Genting Malaysia Berhad, Datuk Kay Prakash.

Sementara itu, sebanyak sembilan individu menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran 'Datuk' iaitu Orang Besar Berlapan Datuk Wan Jasmin Wan Badiuzzaman; Ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri, Datuk Abu Bakar Abdullah; Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia, Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob dan Pegawai Kemajuan Negeri Pahang Datuk Mohamad Roslan Harun dan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Datuk Mohamad Noor Abdul Rani.

Empat lagi penerima DSAP ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Toantowee Mohd Lotfie; Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Datuk Azhari Abd Rashid; Pengarah Eksekutif Masri Onn Chartered Architect, Datuk Masri Onn Mohd Som dan Pengarah Pembangunan Bintang Komersil (M) Sdn Bhd, Datuk Wan Jamal Abd Nasir Wan Musa.

Seramai 53 individu pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran 'Datuk' antaranya Konsul Jeneral Malaysia di Hong Kong dan Macau, Tengku Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin; Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak, Datin Dayang Fatimah Johari; Hakim Mahkamah Sesyen Temerloh, Ahmad Zamzani Mohd Zain dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Mohd Yusof Ab Ghani.

Turut menerima DIMP ialah Ketua Pegawai Eksekutif Touch Mobileguards Sdn Bhd, Raja Idris Raja Halid; Ahli Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia, Goh Ah Chai; Johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2014, Hanimzah Jalaluddin dan Pakar Perunding Perubatan/Kardiologi Hospital Pakar DEMC, Kolonel (B) Dr Abdul Rahman Mohd Ali.

Sebelas penerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) termasuk Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh dan 13 menerima Darjah Setia Mahkota (SMP) termasuk Pengarah Hospital Rompin Dr P Tillai Nathan manakala 10 individu menerima pingat Ahli Ahmad Shah (AAP).

Lima bekas pemain bola sepak Pahang iaitu Ahmad Yunus Mohd Alif, Ahmad Shaharuddin Ahmad Rosdi, Mohamad Azaruddin Mohd Aziz, Zulhamizan Zakaria dan Sanusi Daud adalah antara 34 penerima pingat Ahli Mahkota Pahang (AMP).

Sementara itu, Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) dianugerahkan kepada sembilan individu, Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) (11 penerima) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (16 penerima). - BERNAMA

Berita Harian X