Sabtu, 13 Jun 2015 | 3:31pm

Kerajaan jamin tiada kenaikan tarif elektrik tahun ini - Ongkili

DATUK Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (tiga dari kiri) melihat kenderaan mainan tenaga solar yang dikendalikan oleh penuntut Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) pada Karnival Ya Hijau peringkat Parlimen Padang Terap di sini hari ini. Turut hadir timbalannya, Datuk Seri Mahdzir Khalid (dua dari kiri). - Foto BERNAMA

KUALA NERANG: Kerajaan mengulangi jaminan tiada kenaikan tarif elektrik pada tahun ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili.

Beliau menjelaskan walaupun di bawah sistem mekanisme ketidakseimbangan pelepasan kos bahan api (ICPT) kadar tarif perlu disemak setiap enam bulan, semakan itu tidak membabitkan kenaikan tarif.

Melalui ICPT, katanya, semakan kadar tarif akan dibuat pada Julai ini.

"Kalau perlu ada kenaikan kerajaan akan tanggung sebab sudah diputuskan tiada kenaikan, jadi kita tunggu selesai penilai ICPT pada bulan depan," katanya selepas merasmikan Karnival YaHijau di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau minta orang ramai berjimat dalam penggunaan tenaga dan mengelakkan pembaziran. - BERNAMA

Berita Harian X