Selasa, 16 Jun 2015 | 1:42pm

Najib umum RM124j bina jalan, jambatan di Baleh

DATUK Seri Najib Razak bersama (dari kiri) Datuk Alexander Nanta Linggi, Tan Sri Jemut Masing, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Datuk Liwan Lagang dan Datuk Wilson Ugak Kumbong menggulung tikar sempena Majlis Ngiling Tikai Gawai Dayak di Rumah Bengah, Sungai Sut, di sini hari ini. - Foto Mohd Radzi Bujang

KAPIT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM124 juta untuk melaksanakan projek jalan raya dan jambatan di kawasan Baleh, di sini.

Daripada jumlah itu, sejumlah RM87 juta sebagai peruntukkan tambahan untuk membina jalan untuk menghubungkan Kapit ke Sibu.

"Ia adalah "missing link" dalam pembinaan jalan berkenaan iaitu sepanjang 9.6 kilometer dari Nanga Ngemah ke Nanga Temalat," katanya pada Majlis Ngiling Tikai Gawai Dayak di Rumah Bengah, Sungai Sut, di sini.

Najib berkata, sejumlah RM37 juta lagi diperuntukkan untuk membina Jambatan Sungai Mujong.

Pada majlis itu, beliau memberi jaminan untuk meneliti permohonan pembinaan sebuah sekolah vokasional di Kapit.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X