Jumaat, 19 Jun 2015 | 10:20am

Ringgit teruskan aliran peningkatan

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan arah aliran peningkatan hari ini apabila dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini mengurangkan pegangan dolar AS.

Lapan minit selepas pembukaan, ringgit disebut harga pada 3.7050/7090 berbanding dolar AS daripada 3.7100/7150 pada penutupan semalam.

Seorang peniaga berkata, dolar AS turun semalaman berikutan pudarnya jangkaan peningkatan kadar faedah, sekali gus mendorong peningkatan terhadap ringgit.

Sementara itu, ringgit juga diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 2.7819/7854 daripada 2.7874/7934 semalam dan naik berbanding yen kepada 3.0149/0194 daripada 3.0204/0255.

Ringgit juga mengukuh berbanding euro kepada 4.2174/2227 daripada 4.2235/2295 dan naik berbanding pound kepada 5.8880/8966 daripada 5.8952/9050 semalam. - BERNAMA

Berita Harian X