X
Sabtu, 20 Jun 2015 | 12:03am

Kari kepala ikan

MI Rebus Killiney. - Foto Adi Safri
MI Rebus Killiney. - Foto Adi Safri

BAGI yang kurang menggemari masakan kari kepala ikan, pasti tidak mengetahui apakah 'keistimewaannya'.

Berbeza dengan peminat tegar kari kepala ikan, mereka gemar menghisap insang yang dibaluti dengan kuah kari.

Bukan setakat itu, apa saja jenis ikan yang dimasak ramai penggemar kepala ikan ini, kemanisan pada bahagian kepala juga berbeza daripada bahagian lain.

Campuran kari yang menyerap di bahagian kepala membuatkan rasanya berlainan daripada isi. Bahkan ramai makan begitu saja tanpa nasi dan lauk lain.

Cara masakan dan penggunaan bahan juga haruslah tepat dan menepati selera. Kebiasaannya, kepala ikan sedap dimasak kari berbanding lain.

Menyedari perkara itu, Restoran Ministry of Fish Head Curry (MOF) menyediakan hidangan kari kepala ikan merah terbaik menggunakan resipi turun temurun dari Asia Selatan.

Uniknya hidangan ini, ia tidak menggunakan santan, tetapi ia digantikan dengan yogurt segar bagi menyeimbangkan rasa pedas, masam dan kemanisan ikan itu.

Penggunaan yogurt lebih baik kerana dapat mengurangkan kolesterol berbanding santan.

Resipi Kari Kepala Ikan Merah

(anggaran kepala ikan 1.2 kilogram)

Bahan-bahan

Bahan A

Minyak - 250 mililiter (ml)

Bawang besar dihiris - 500 gram (g)

Bawang putih dicincang - 60 g

Halia diketuk 10 g

Bahan B

Halba - 10 g

Biji sawi - 10 g

Daun kari - 20 g

Bahan C

Garam masala ( lima campuran rempah) - 50 g

Serbuk cili - 20 g

Serbuk lada hitam - 20 g

Air - 80 g

Bahan D

Yogurt segar - 500 ml

Asam keping - 80 g

Bahan E

Bendi - 250 g

Terung - 250 g

Serai - 25 g

Tomato - 60 g

Bahan F

Jus lemon - 100 g

Garam - secukup rasa

Krim segar - 50 ml

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga kuning. Kemudian tambah bawang putih dan halia ,kemudian bahan B dan goreng hingga wangi.

KOPERAL Ismail Adam berlatarbelakangkan kawasan pertempuran sehari sebelum perang. -Foto L.Manimaran
KOPERAL Ismail Adam berlatarbelakangkan kawasan pertempuran sehari sebelum perang. -Foto L.Manimaran

2. Masukkan bahan C dan air. Kacau sedikit.

3. Tambah sedikit air dan masukkan kepala ikan. Kacau perlahan.

4. Tambahkan bahan D dan air. Biarkan mendidih dengan api perlahan. Kemudian tutup kuali dan tunggu ikan masak. Biarkan kuah agak pekat.

5. Tambahkan bahan E, garam, jus lemon dan tunggu sayur lembut.

6. Biarkan pekat dan akhir sekali letak krim segar sebelum dihidangkan.

Terima kasih kepada pemilik Restoran Ministry of Fish Head Curry (MOF), Datin Belina Abdul Hamid.

INFO: Khasiat ikan merah

1. Mengandungi vitamin D dan vitamin E.

2. Mengandungi magnesium dan selenium yang penting bagi tubuh.

3. Memiliki Omega 3

Berita Harian X