Isnin, 22 Jun 2015 | 1:31pm

Federer rangkul kejuaraan Gerry Weber


ROGER Federer semasa perlawanan akhir menentang Andreas Seppi di ATP Gerry Weber Terbuka di Halle, barat Jerman. - Foto AFP

HALLE, Jerman: Roger Federer menunjukkan dia sudah bersedia bertarung pada Kejohanan Wimbledon, apabila memenangi Terbuka Gerry Weber buat kali kelapan.

Pemain nombor dua dunia itu menundukkan pemain Itali, Andreas Seppi 7-6 (1), 6-4 pada aksi final.

Pemenang 17 kejuaraan Grand Slam itu merangkul kejuaraan ke-15 di atas gelanggang rumput daripada 20 dan ke-86 daripada 130 aksi final secara keseluruhannya.

Lleyton Hewitt sebelum ini memenangi lapan kejuaraan di gelanggang atas rumput.

"Sudah tentu ia adalah saat istimewa buat saya untuk memenangi kejuaraan ini buat kali kelapan sebelum Wimbledon bermula," kata Federer. - AP

Berita Harian X