Jumaat, 26 Jun 2015 | 9:11am

Francis Yeoh derma RM4.2j kepada sebuah opera Itali


Teatro dell'Opera di Roma. Gambar kecil, Tan Sri Francis Yeoh.

ROME: Taikun yang juga peminat seni persembahan dari Malaysia, Tan Sri Francis Yeoh menyumbangkan satu juta euro (RM4.2 juta) kepada sebuah opera yang dikatakan bermasalah di bandar raya ini.

Pengendali Teatro dell'Opera di Roma memetik Pengarah Urusan YTL Corporation Bhd itu sebagai berkata, beliau berharap sumbangan itu akan membantu opera itu mengukuhkan kedudukannya di peringkat antarabangsa sebagai antara pusat persembahan seni yang paling berprestij di dunia.

Yeoh, seorang peminat tegar penyanyi opera Itali terkemuka seperti Pavarotti dan Andrea Bocelli, sudah beberapa kali membiayai konsert muzik klasik di dalam dan luar negara.

Opera itu mencetus kontroversi tahun lalu selepas pembatalan beberapa persembahan orkestra dan korus, berikutan kemelut kewangan yang terpaksa dilalui pelbagai sektor di Itali, termasuk bidang seni akibat kemelesetan terburuk sejak Perang Dunia Kedua. - AFP

190 dibaca
Berita Harian X