Jumaat, 26 Jun 2015 | 2:57pm

9 terbunuh, pesawat persiaran terhempas di Alaska

WASHINGTON: Semua 9 penumpang terbunuh selepas sebuah pesawat persiaran mereka naiki terhempas dia Tenggara Alaska.

Jurucakap Jabatan Keselamatan Alaska, Megan Peters berkata ketika kejadian pesawat itu sedang membawa pelancong untuk melihat pemandangan Alaska dari udara.

"Anggota mencari dan menyelamat (SAR) telah menjumpai kawasan pesawat terbabit terhempas namun usaha menyelamat menghadapi kesukaran disebabkan cuaca buruk.

"Usaha SAR ini mungkin mengambil masa hingga esok," katanya.

Sementara itu, Jabatan Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata pesawat jenis DeHavilland DHC-3 Otter itu berkemungkinan terhempas selepas ia cuba terbang rendah berhampiran Ketchikan.

PESAWAT DHC-3 Otter. - Foto hiasan wikimedia.org
PESAWAT DHC-3 Otter. - Foto hiasan wikimedia.org

Katanya, bangkai pesawat itu dijumpai oleh sebuah helikopter persiaran yang melalui kawasan nahas kira-kira 800 kaki di kawasan Misty Fjords yang dikelilingi hutan dan kawasan berbukit.

Mengikut laporan awal, pesawat malang itu terhempas pada tengah hari sebelum laporan mengenai kehilangannya dibuat pada sebelah petang oleh pihak pengurusan syarikat. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X