Isnin, 29 Jun 2015 | 10:14pm

Yayasan Sabah peruntuk RM200j bantu biayai pengajian anak tempatan

KUALA LUMPUR: Lebih RM200 juta diperuntukkan Yayasan Sabah bagi membantu pelajar negeri itu melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan sejak tahun 1970..

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata sejak penubuhan yayasan itu pada tahun 1970, peruntukan itu meliputi bantuan biasiswa dan pinjaman.

Musa Aman

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama mahasiswa IPT Sabah, di sini, hari ini. Kira-kira 1,300 anak Sabah yang menuntut di 31 buah IPT tempatan hadir pada majlis itu.

Sementara itu, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad, berkata bagi tempoh 1970 hingga 2014, pihaknya telah memberikan pinjaman pendidikan kepada 8,883 pelajar dengan peruntukan RM191 juta.

"Kami juga membelanjakan hampir RM50 juta bagi menaja 464 pelajar cemerlang SPM di bawah Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X