Selasa, 30 Jun 2015 | 10:13pm

3 pelatih futsal kebangsaan kena gugur

KETUA jurulatih skuad futsal kebangsaan, Marcelo Serpa menggugurkan tiga nama daripada senarai awal 20 pemain ke Kejohanan Futsal Piala Komanwel 2015 di Pusat Sukan ASB Wellington, New Zealand dari 10 hingga 12 Julai ini. - Foto FAM

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad futsal kebangsaan, Marcelo Serpa menggugurkan tiga nama daripada senarai awal 20 pemain ke Kejohanan Futsal Piala Komanwel 2015 di Pusat Sukan ASB Wellington, New Zealand dari 10 hingga 12 Julai ini.

Tiga yang digugurkan selepas sesi latihan pusat fasa keempat dari 22 Jun hingga 28 Jun lalu di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam itu adalah pemain Melaka, Mohd Rahimi Abdul Shatar selain Muhammad Afif Asyraf Muhd Halil (MPSJ) dan pemain kelab MK Land, Ridhwan Zainal.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman sesawangnya ;www.fam.org.my, memaklumkan Serpa bakal menggugurkan tiga lagi nama selepas sesi latihan pusat fasa kelima di venue yang sama, bermula esok sehingga 6 Julai ini sebelum menyenaraikan senarai akhir 14 pemain.

Edisi sulung kejohanan berkenaan membabitkan empat negara iaitu Australia, Vanuatu, Malaysia dan New Zealand selaku tuan rumah.

Malaysia bakal membuka kempen menentang Vanuatu pada 10 Julai, New Zealand (11 Julai) sebelum menamatkan aksi pusingan awal berdepan Australia, sehari kemudian.

Senarai 17 pelatih:

Ahmad Fawzul Hadzir, Saiful Nizam Mohamad Ali, Azrul Hadee Mohd Taufiq, Muhammad Fitri Muhammad Yatim, Qaiser Heshaam Abdul Kadir, Muhammad Akmal Yazadh Amri (kesemuanya pemain Felda United), Saiful Aula Ahmad, Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin (Selangor), Muhammad Shamar Fadzil (Melaka)

Amar Ashraf Abu Bakar, Mohd Shahmi Abdullah Sani (Kedah), Mohd Firdaus Razali, Syed Aizad Daniel Syed Nasir, Muhammad Shamsul Akmar Zamri (MPSJ), Mohd Noor Azrin Adnan (MK Land), Akmarulnizam Mohd Idris (Pahang), Mohd Ridzwan Bakri (Sabah). - BERNAMA

Berita Harian X