Rabu, 8 Julai 2015 | 4:13pm

Sunway Construction jangka raih RM550j

KUALA LUMPUR: Sunway Construction Group Bhd yang akan disenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 28 Julai, merancang meraih RM550 juta.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata harga tawaran akhir ditetapkan pada RM1.20 sesaham.

Syarikat menawarkan 327.6 juta saham untuk institusi dan 59.8 juta saham bagi opsyen lebihan peruntukan untuk pelabur institusi.

"Keuntungan daripada penyenaraian itu akan dinikmati oleh pemegang saham Sunway Bhd dalam bentuk agihan tunai khas," kata syarikat itu.

Penyenaraian Sunway Construction Group Bhd adalah tawaran kedua terbesar di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities setakat ini tahun ini. - BERNAMA

Berita Harian X