Khamis, 9 Julai 2015 | 12:12am
DALAM kawasan bendang luas, ada banyak lopak air yang menjadi tempat ikan bersembunyi.
DALAM kawasan bendang luas, ada banyak lopak air yang menjadi tempat ikan bersembunyi.
KANAK-KANAK bersama hasil tangkapan yang diperoleh daripada aktiviti menggagau ikan.
KANAK-KANAK bersama hasil tangkapan yang diperoleh daripada aktiviti menggagau ikan.

Pesta menggagau haruan

KANAK-KANAK seronok berkubang lumpur untuk menangkap ikan.
KANAK-KANAK seronok berkubang lumpur untuk menangkap ikan.

GELAGAT beberapa kanak-kanak berkubang dalam lopak berair cetek penuh dengan kubang di parit tepi sawah di Kampung Tepung, Merchong menarik perhatian penulis untuk melihat lebih dekat.

Wajah keriangan mereka sangat jelas. Sambil tersenyum lebar, mereka menunjukkan beberapa ekor ikan yang berjaya ditangkap. Ia menarik perhatian penulis untuk menghampiri mereka.

Kena berani

Sah! Mereka sedang berkubang lumpur untuk menangkap ikan. Mereka memedap dan menggagau ikan yang terperangkap di bawahnya, kata Muhammad Hassan Ali kepada penulis sebaik mendekatinya.

"Kita kena berani menggagau sambil memedap ikan yang banyak terperangkap dan bersembunyi di sini. Ikan banyak bersembunyi di bawah rumput.

"Jangan risau, di sini tidak ada ular atau lintah. Hanya ikan sahaja yang ada di bawah rumput," katanya.

Kata Muhammad Hassan, kalau bernasib baik boleh dapat dua hingga tiga kilogram ikan dalam dalam tempoh antara dua atau empat jam menggagau. Paling banyak diperoleh adalah ikan haruan, puyu, sepat dan keli.

KALAU bernasib baik boleh dapat dua hingga tiga kilogram ikan dalam tempoh antara dua hingga empat jam menggagau.
KALAU bernasib baik boleh dapat dua hingga tiga kilogram ikan dalam tempoh antara dua hingga empat jam menggagau.

KANAK-KANAK bersama hasil tangkapan yang diperoleh daripada aktiviti menggagau ikan.
KANAK-KANAK bersama hasil tangkapan yang diperoleh daripada aktiviti menggagau ikan.

Ikan sembunyi dalam lopak

Adiknya, Muhammad Hamzah, 8, berikutan kawasan bendang luas, ada banyak lopak air yang menjadi tempat ikan bersembunyi. Ramai terlepas pandang dan ada yang tidak pernah sampai ke kawasan berkenaan.

Setiap hujung minggu, dia dan kawan-kawannya akan berkubang sambil menangkap ikan. Haruan liar jadi buruan. Permintaan untuk ikan ini juga agak tinggi. Harganya pula lumayan iaitu RM20 sekilogram.

Bagi penulis, ikan haruan liar ini memang sedap. Warna dagingnya yang putih bersih, cukup sedap kalau digoreng kunyit atau berlada. Selain itu, ia juga boleh dimasak lemak kuning cili padi bersama daun kesum untuk membangkitkan aromanya.

Berita Harian X