Khamis, 9 Julai 2015 | 5:28pm
TAN Sri Ambrin Buang ditemubual media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara di Parlimen hari ini. - Foto Sairien Nafis

1MDB: Ketua Audit Negara yakin siap siasatan hujung tahun

PENGERUSI Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed (kiri) bersama buku laporan Interim terhadap Pengauditan 1MDB yang diserahkan oleh Tan Sri Ambrin Buang sebelum mempengerusikan mesyuarat PAC penggal kedua di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara yang masih menyiapkan siasatan terhadap isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yakin laporannya siap sepenuhnya hujung tahun ini.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, ketika ini siasatan audit masih berlangsung dan sudah 50 peratus disiapkan.

"Kita masih berusaha mendapatkan dokumen berkaitan. Ada dokumen yang dah dapat dan ada yang belum. Mungkin mereka tiada dokumen itu.

"Kita beri mereka masa tapi kita kena minta juga, jika bukan dari 1MDB mungkin dari sumber lain," katanya ketika ditemui selepas Pembentangan Laporan Interim 1MDB di Parlimen sebentar tadi.

Berita Harian X