Khamis, 9 Julai 2015 | 8:20pm

Najib tunai zakat fitrah di Masjid Negara

ZAKAT fitrah boleh dibayar secara online yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri untuk kemudahan orang ramai. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunaikan zakat fitrah untuk diri dan tanggungannya di Masjid Negara, di sini, petang tadi.

Zakat itu diserahkan kepada amil dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Rusdi Abd Salim.

Najib yang berpakaian baju Melayu merah hati dan berkain pelikat kemudian menyertai majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, 4 April lalu.

Jamaluddin, yang merupakan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) bersama lima lagi dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur dengan menaiki helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB), yang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Berita Harian X