Jumaat, 10 Julai 2015 | 8:23pm

Malaysia belasah Vanuatu futsal Komanwel

JURULATIH futsal kebangsaan, Marcelo Serpa (kiri) pada perlawanan persahabatan di antara pasukan futsal Malaysia dan IUR diadakan di Kompleks Sukan Panasonic. - Foto Goh Thean Howe- Foto Goh Thean Howe

KUALA LUMPUR: Malaysia memulakan kempen Piala Futsal Komanwel 2015 dengan langkah kanan apabila membelasah Vanuatu 7-3 pada saingan kejohanan itu di New Zealand, hari ini.

Pada aksi di Wellington itu, skuad kebangsaan mendahului 3-0 sebaik berakhir babak pertama dengan gol dijaringkan Saiful Aula Ahmad yang cemerlang meledak dua gol selain Amar Ashraf Abu Bakar.

Sekalipun di depan 6-0 pada satu ketika, Vanuatu mempamer kebangkitan apabila berjaya meledak tiga gol dengan gol terakhir negara dijaringkan oleh Amar Ashraf.

Turut meledak pada babak kedua ialah Ahmad Fauzul Hadzir, Ridzwan Bakri dan Fikri Yatim.

Lawan skuad bimbingan Marcelo Serpa itu selepas ini ialah tuan rumah New Zealand yang dijadualkan pada 2.30 petang, esok.

Kejohanan Piala Futsal Komanwel 2015 adalah edisi pertama yang membabitkan empat negara.

Selain Malaysia, Vanuatu dan New Zealand, turut beraksi pasukan Australia.

Berita Harian X