Isnin, 13 Julai 2015 | 2:08pm
Tinjauan mendapati lebih 80 peratus premis menutup operasi susulan rusuhan malam tadi. - Foto Aizuddin Saad
Tinjauan mendapati lebih 80 peratus premis menutup operasi susulan rusuhan malam tadi. - Foto Aizuddin Saad

Plaza Low Yat lengang selepas pergaduhan semalam

Tinjauan mendapati lebih 80 peratus premis menutup operasi susulan rusuhan malam tadi. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Suasana di Plaza Low Yat di sini, lengang apabila lebih 80 peratus premis menutup operasi susulan tercetusnya pergaduhan malam tadi.

Tinjauan BH mendapati, premis yang kebiasaannya dikunjungi ribuan pelanggan untuk mendapatkan peralatan elektronik dan gajet suram berikutan keputusan peniaga yang sepakat untuk tidak membuka kedai kerana bimbang insiden berkenaan berulang.

Pemilik kedai menjual kamera yang dikenali sebagai Emily, 30-an berkata langkah itu diambil kerana bimbang dengan ancaman keselamatan walaupun keadaan hingga kini dilihat masih terkawal.

"Insiden semalam memang banyak beri kesan terhadap perniagaan kami di sini. Sudahlah keadaan ekonomi tidak menentu, sekarang terpaksa pula tanggung kerugian berikutan kejadian terbabit.

"Bukan saja peniaga, pelanggan pun sudah takut untuk memasuki premis ini kerana bimbang ada lagi pergaduhan," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Berita Harian X