Rabu, 15 Julai 2015 | 10:57am

Angka kematian, kemalangan naik Ops Selamat kali ini - KPN


ANGGOTA polis trafik Koperal Mohd Shafirol Abd Ghafur, 31, memantau keadaan semasa kenderaan yang melalui PLUS dalam Ops Selamat 7/2015 di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru arah utara PLUS. - Foto Danial Saad

KUALA LUMPUR: Ops Selamat yang sudah bermula sejak lima hari lalu mencatat peningkatan jumlah kematian dan kemalangan berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan sri Khalid Abu Bakar, berkata hingga kini sebanyak 7,274 kes kemalangan sudah direkodkan berbanding 7,153 kes tahun lalu dalam tempoh yang sama.

Beliau berkata, daripada jumlah itu 86 kes kematian sudah dicatatkan dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 30 kes kematian berbanding tahun lalu.

Berita Harian X