Ahad, 19 Julai 2015 | 5:29pm
ANTARA gambar yang dimuat naik Syarul di Instagram.
ANTARA gambar yang dimuat naik Syarul di Instagram.
REKOD perubatan Syarul ketika menerima rawatan di hospital. - Foto Instagram
REKOD perubatan Syarul ketika menerima rawatan di hospital. - Foto Instagram

Syarul Ridzwan tak dapat sambut raya

PELAKON Syarul Ridzwan. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
PELAKON Syarul Ridzwan. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR : Pelakon Syarul Ridzwan hanya berehat di rumah keluarganya di Bangi pada sambutan Aidilfitri berikutan tidak sihat.

Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 26, memuat beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya dan menerima komen daripada peminat yang mendoakan kesihatan beliau.

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Hati Perempuan ketika dihubungi menjelaskan, doktor tidak mengesahkan beliau menghidap demam denggi dan beliau juga berharap ia hanya demam biasa.

"Saya tak rasa ini demam denggi tetapi memang saya belum sihat sepenuhnya. Suhu badan pun tak menentu. Kepala saya juga pening-pening.

"Saya ada bersama dengan keluarga di Bangi tetapi sekadar berehat di rumah. Kalau nak berjalan-jalan mengunjungi rumah saudara-mara, tak larat rasanya," katanya.

Beliau turut mencuba pelbagai petua khas untuk pesakit demam denggi yang disarankan peminat, termasuk minum sup ketam walaupun beliau alah dengan makanan laut itu.

Berita Harian X