Rabu, 22 Julai 2015 | 1:26pm

Justo disiasat atas cubaan menjatuhkan kerajaan - KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri) akan ke Bangkok menjalankan siasatan terhadap bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo (kanan).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri) akan ke Bangkok menjalankan siasatan terhadap bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo (kanan).

SHAH ALAM: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sedia mengetuai pasukan siasatan ke Bangkok, Thailand bagi menjalankan siasatan terhadap bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo.

Khalid berkata, siasatan terhadap Justo, 49, akan dibuat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan (KK) iaitu cubaan menjatuhkan kerajaan.

"Setakat ini, saya sudah berhubung dengan Ketua Polis Thailand dan beberapa pegawai polis bagi pertukaran beberapa maklumat untuk siasatan.

"Saya bersedia untuk mengetuai pasukan siasatan terhadap individu terbabit (Justo) namun siasatan yang dijalankan polis menjurus kepada dakwaan cubaan untuk menjatuhkan kerajaan," katanya di sini hari ini.

Berita Harian X