Khamis, 23 Julai 2015 | 2:35pm

Bekas Pengerusi TH, Zainol Mahmood meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji dan Pos Malaysia Bhd Tan Sri Zainol Mahmood, 78, meninggal dunia di Hospital Prince Court di sini, pagi tadi.

Jenazah dibawa balik ke rumahnya di Bukit Tunku di sini sebelum dibawa ke Masjid Kampung Baru jam 3 petang ini untuk disembahyangkan. Jenazah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang selepas Asar.

Zainol yang berasal dari Perlis memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebagai penolong pegawai daerah di Kuala Lumpur pada 1961 dan mulai 16 April 1992, beliau dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Pos Malaysia Bhd.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji pada 1 Ogos 2000.

Berita Harian X