Jumaat, 24 Julai 2015 | 6:42pm

Ringgit 3.8080/8100 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika hari ini setelah terdapat minat belian terhadap dolar, kata para peniaga.

Pada jam 5 petang, ringgit disebut harga pada 3.8080/8100 berbanding dolar AS daripada 3.8045/8065 semalam.

Seorang peniaga berkata, jangkaan yang semakin meningkat terhadap kenaikan kadar faedah AS, memacu permintaan bagi mata wang negara itu dan melemahkan mata wang lain.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 2.7763/7798 daripada 2.7849/7872 pada Khamis dan naik berbanding yen kepada 3.0715/0733 daripada 3.0731/0760 semalam.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound sterling kepada 5.8978/8017 berbanding 5.9327/9374 semalam dan mengukuh berbanding euro kepada 4.1652/1678 daripada 4.1811/1841 sebelumnya. - BERNAMA

87 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »